KENALI KAMI

WEBKORPORAT.com, domainnya di daftarkan pada 9hb Ogos 2019. Menjadi saluran untuk mengumpulkan segala maklumat berkenaan perkhidmatan yang di tawarkan iaitu membina laman sesawang yang bertemakan korporat khas buat usahawan.

Perkhidmatan ini menyokong usaha Millionmind yang mana merupakan pemilik laman sesawang ini yang mana menawarkan perkhidmatan penubuhan dan pengurusan syarikat yang mana berkait secara langsung dengan pembangunan syarikat yang mana teras pentingnya adalah menyokong ciri-ciri korporat dalam menjalankan perniagaan.

Selain dari menjadi keperluan untuk adanya laman sesawang bertemakan ciri-ciri korporat, selari dengan era terkini yang kearah digital, laman sesawang membuktikan tanda kesediaan kita bergerak selari dengan teknologi yang ada.

PENGENALAN MILLIONMIND

Millionmind Sdn Bhd yang mana asalnya adalah bertaraf Enterprise yang ditubuhkan pada 1 Febuari 2012 oleh En Nur Firdaus bin Muhammad.

Pada 28hb March 2016 MBS mengorak langkah dengan menaik taraf perniagaan kepada Syarikat Millionmind Business Solutions Sdn Bhd, menjalin kerjasama rapat dengan pihak-pihak yang berkepakaran tinggi seperti bidang Percukaian, Audit, latihan dan Pemasaran bagi membantu usahawan di bawah pengurusan kami. Klik di sini untuk mengenali lebih lanjut.

Close Menu
×