1. REPUTASI
Untuk perkara yang paling penting sekali adalah web dapat membantu anda membina reputasi dan penjenamaan perniagaan. Anda dapat mempamerkan segala kepakaran dan pengetahuan yang anda miliki supaya pelanggan akan lebih tertarik dan mengetahui yang anda sememangnya pakar dalam bidang tersebut. Sebagai contoh anda pakar untuk baiki laptop. So anda boleh lampirkan gambar-gambar berkaitan ketika membaiki laptop, jumlah laptop yang anda pernah baiki, testimoni pelanggan dan sebagainya mengikut kreativiti anda.
2. NAMA SELARI
Sebelum orang lain ambil nama alamat web anda, semasa penubuhan syarikat di buat atau semasa pendaftaran perniagaan di buat, adalah lebih baik prosesnya berjalan sekali. Jadi nama syarikat dan alamat laman sesawang adalah selari. Contohnya nama syarikat ECOACH PARTNERS SDN BHD, web yang di bina menggunakan alamat www.ecoachpartners.com . Kiranya semasa peringkat awal anda telah ambil kira berkenaan persediaan untuk miliki web yang mana boleh menjadi sebahagian dari “tool” untuk anda buat perancangan pemasaran bagi syarikat @ perniagaan anda di masa hadapan.