7 PERSEDIAN SEBELUM MEMBINA WEB KORPORAT

1. Memilih Domain

Domain adalah alamat bagi pengguna untuk mengakses laman web anda seperti www.namasyarikat.com. Pada dasarnya alamat web berbentuk nombor atau mudah dikenali sebagai ‘IP Address’ tetapi ia akan menyukarkan pengguna untuk mengingatinya kerana ia berbentuk nombor. Oleh itu, nama domain diwujudkan bagi memudahkan pengguna untuk mengingati dan mengakses sesebuah laman web. Pemilihan nama domain pula bergantung pada kewujudan nama tersebut di internet, jika ia telah dimiliki oleh individu lain, anda perlu mengubah atau mencari nama lain yang belum dimiliki. Jadi jangan tunggu lama-lama, dapatkanlah sekarang sebelum nama domain yang diidamkan itu diambil orang.

2. Memilih Hosting

Mesti ramai yang tertanya apa itu hosting, bunyi macam familiar bukan ? Web hosting adalah sebuah pekhidmatan bagi menyimpan segala data atau maklumat web di dalam storan yang telah disediakan oleh sesebuah organisasi bagi membantu pengguna lain untuk mengakses dan melihat apa yang ada dalam sesebuah laman web itu. Web hosting ini mempunyai pelbagai harga bergantung pada pakej yang ditawarkan. Kebiasaanya pakej yang murah harganya menawarkan kapasiti storan yang kecil berbanding pakej yang lebih mahal. Pakej ini sesuai untuk syarikat-syarikat kecil yang tidak menggunakan storan yang banyak dalam menghasilkan web mereka.

Manakala, jika anda menjalankan perniagaan di internet (E-commerce) anda seharusnya memilih pakej yang menyediakan storan yang berkapasiti besar, kerana anda bakal menggunakan banyak gambar produk untuk tujuan pemasaran, setiap gambar saiznya boleh mencecah 1 hingga 4 MB. Dapatkan nasihat daripada yang pakar dalam pemilihan hosting supaya anda tidak membazir wang dengan memilih pakej yang tidak sepatutnya.

3. Memilih Perisian Pembina Web

Penghasilan sebuah laman web boleh dilakukan dengan pelbagai cara, seperti pengkodan penuh, menggunakan framework, bootstrap dan menggunakan perisian percuma (contohnya : Joomla & WordPress) ataupun yang berbayar. Pemilihan ini perlu mengikut kesesuaian harga yang dibayar oleh seseorang indivdu untuk memiliki sebuah web kerana ia melibatkan kos, tenaga dan masa yang berbeza. 

Penggunaan perisian percuma seperti WordPress amat releven digunakan pada masa kini. Ia sangat mudah untuk digunakan kerana seseorang yang tidak mempunyai latar belakang IT pun boleh menghasilkan sebuah web dengan menggunakannya kerana ia lebih kepada konsep ‘Drag & Drop’ dan tidak memerlukan kemahiran pengkodan. Hal ini amat berkait rapat pada bakal pelanggan yang ingin membina laman web untuk syarikatnya, jika ingin melakukan sebarang perubahan atau penambahan maklumat ke dalam webnya, dia boleh lakukan dengan sendiri.

4. Penyediaan Draf Kandungan

Seseorang yang ingin memiliki laman web perlu melakukan ‘planning’ dengan mengumpulkan data dan maklumat yang ingin dimasukkan ke dalam laman webnya. Hal ini perlu diperincikan dalam bentuk draf bagi memberi gambaran awal kepada semua individu yang terlibat dalam penghasilan web ini. Kandungan didalam web perlu disemak terlebih dahulu supaya maklumat itu adalah tepat dan tidak lari dari konsep sesebuah syarikat itu.

5. Menyediakan Gambar / Poster

Imej di laman web akan bertindak sebagai pemberi gambaran kepada pengunjung laman web untuk membolehkan mereka melihat segala produk atau perkhidmatan yang disediakan dengan lebih jelas. Imej juga perlulah berkualiti tinggi dan relevan dengan kandungannya. Diingatkan supaya menggunakan imej yang tulen atau hasil karya milik anda sendiri supaya tiada pihak yang akan membuat tuntutan ‘copyright’ bahawa imej itu adalah hak milik mereka.

6. Menyenaraikan Menu Tab

Jumlah menu tab bergantung pada isi kandungan yang terdapat dalam laman web, jika isi kandungannya banyak maka perlulah menyediakan beberapa tab untuk tujuan pengasingan mengikut kategori kandungan tersebut, supaya pelawat dapat mencari atau melihat maklumat tersebut dengan lebih mudah. Bagi syarikat korporat, digalakkan mewujudkan tab yang banyak supaya menampakkan lebih professional dan betul-betul komited dalam penubuhan syarikat kerana mempunyai pelbagai perkara ditunjukkan dalam laman web

7. Memilih Tema Warna

Warna adalah salah satu alat yang paling berkuasa dalam reka bentuk laman web. Ia boleh digunakan untuk menarik perhatian, mengekspresikan makna, mencipta keinginan dan juga memperoleh kesetiaan pelanggan. Pilihan warna yang baik dan teliti juga mampu mempengaruhi pelawat web dalam menafsirkan kualiti syarikat anda serta menjadi tarikan untuk membaca kandungan yang terdapat dalam laman web.

Oleh yang demikian, kami sarankan anda memiliki sebuah web sendiri sekarang.

Close Menu
×